Awak
Hari ini saya rindu kita lagi
Saya tahu saya rindu kita
Tetapi awak entahkan bagaimana.
Bila rindu itu datang
Saya ambil nafas dan tahan lima saat
Kemudian saya lepas keluh yang berat
Saya benci sesuatu yang saya tidak tahu
Saya tak suka sesuatu yang saya tidak boleh jangka
Untuk bertanya saya tidak mahu
Bagaimana kalau awak tiada rasa yang sama
Nanti saya yang malu!
Itu yang saya tidak mahu berlaku
Jadi, biarkan ia begini
Saya senang sekali
Biar saya sendiri hanyut dalam bayangan kamu
Kamu tak kisahkan jika begitu?
xoxo,
~cikqilla~
No comments:
Post a Comment