Thursday, July 1, 2010

penghujung Jun sudaaaa...

owh. masa adalah sangat pantas berlalu. rasa macam baru je start on leave. rupa-rupanya dah 9 hari melanguk kat umah tanpa sebarang aktiviti berfaedah. hahah. uruskan rumah tangga laa jawabnya...

hhmmm...bulan Julai dah tiba. apakah maknanya???
wwoooo...macam-macam ada bulan Julai ni...hik hik hik. sronot!! sronot!! :P
takdelah...yang pastinya bila dah masuk bulan Julai nie...maknanya...kita dah habiskan setengah tahun untuk 2010 nih. huisshh...tiba-tiba rasa macam sekejap sangat waktu itu. owh. time is very jealousy...time is gold. hehe.

apa je contribution untuk 1/2 year nie? hiks. macam takde pape yang menarik je. result exam sem lepas ponn jaduh gedeebbuukk. :(
owh. untuk aku...terlalu sukar untuk diungkapkan segala peristiwa yang terjadi untuk setengah tahun nie. takpelah, aku jadikan ia sebagai satu cabaran dan dugaan untuk diri aku. pasti ada hikmah disebalik apa yang berlaku...aiseh...emosi. sshhuuuhhh....

start bulan Julai, aku akan berada di tempat baru...kawan-kawan baru...hhhmmm...
aku sangat rindukan kawan-kawan di tempat lama... :(

       to: sha, miza, kak safa n linda...

aku sangat merindui kalian. gelak tawa...suka duka kita dah harungi bersama....tapi, apakan daya...aku terpaksa melangkah pergi untuk masa depan...aku tetap berdoa semoga kita semua akan berjaya di dalam kerjaya dan kehidupan...nanti, korang rajin-rajinla call or sms aku yea? always do keep in touch taw!!! soobbb...ssoobbb...

      salam sayang, 
               qilla a.k.a kiki ;)


Thursday, June 24, 2010

Bon Voyage

waaa....suda terlalu lama tidak di update blog ini. Masa itu terlalu terhad untukku. Ohh..untuk seminggu dua ini, ada terlalu banyak masa untuk saya mengadap notebook. Almaklum laa... (+_+)

Cepat benar masa berlalu. Tup tup...dah sebulan rupanya adik bercuti menghabiskan elaunnya. Sekarang sudah tiba masanya kembali bertugas dengan Seri Amanah. Hhmm....sepanjang adik cuti ponn...tak banyak aktiviti yang dibuat. Melepak dan makan-makan saja. Next trip adik balik...kita pergi holiday okay!!!




Mula-mula adik balik...kitorang jalan-jalan sekitar Putrajaya. Takde kejekan...pusing-pusing dan buat tawaf saja di Putrajaya. Lepas tuh...ade laa tengok wayang seisi keluarga...


Bile aku dah menganggur nie...kami cuma sempat shopping tingkap di Ikea & Aeon Bukit Tinggi. Malam je...pekena milo tabur. Ohh..nikmat!!!

uuwwaaa...Sekarang dah takde geng nak melepak. Gua sudah patah kaki. Huhuhuh... :(

Sementara nak tunggu bulan Julai ni...dok umah sajo dan besarkan perut laa jawabnya!! Haiisshh...


To adik;
Jaga diri baik-baik dan selamat berlayar. (+_+)


Monday, April 26, 2010

Happy birthday, ayah!



SELAMAT ULANG TAHUN YANG KE 59!

angah doakan semoga ayah dipanjangkan umur...
dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik berpanjangan..
dan diberkati oleh Allah S.W.T sentiasa
Amin...


Ikhlas dari anakandamu...

Angah... :)

Ribaibaru (Revival) - Mayumi Itsuwa

Sunday, April 25, 2010

Ribaibaru

Furishikiru ame no naka o
Ashibaya ni toori sugita
Natsu no hi no inazuma no you ni
hakanaku kieta futari no koi

Aaaaahhhh…
Are hodo hageshiku moeta
Kokoro ga ima wa hai iro no ribaibaru
Aaaaahhhh…
Kurikaesu dake no omoide wa
yomigaeranu kako no monogatari

Yukizuri no hito naraba
Wasuraremo suru keredo
Namida gumu rasuto shin dewa
Ai no fukasa ni kizuite ita

Aaaaahhhh…
Arehodo yasashikatta anata no
Omokage ga ima wa aozametari ribaribaru
Aaaaahhhh….
Kurikaesu dake no omoide wa
Asu wo shiranu kako no monogatari

Aaaaahhhh…
Are hodo hageshiku moeta
Kokoro ga ima wa hai iro no ribaibaru
Aaaaahhhh…
Kurikaesu dake no omoide wa
Asu wo shiranu kako no monogatari
Aaaaahhhh…
Are hodo hageshiku moeta
Kokoro ga ima wa hai iro no ribaibaru
Aaaaahhhh….
Kurikaesu dake no omoide wa
Asu wo shiranu kako no monogatari

translation…

REVIVAL
Di dalam gerimis hujan ini aku mempercepatkan langkah
Seperti panahan kilat di waktu musim panas
dan begitulah cepatnya kehilangan cinta dua orang kekasih

Ah……Beginilah hatiku membakar
dan kini menjadi warna debu revival.

Ah….. hanya terbayang kisah dahulu
Jikalau hanya kenalan sahaja bolehlah dilupai

Saat terakhir hanya bergelinangan air mata
Barulah sedar betapa dalamnya cinta itu

Ah……terkenangkan dia yang betapa baik hati
Tetapi sekarang menjadi biru gelap revival

Ah….hanya tebayang kisah dahulu
Esok mungkin berulang kembali….


p/s: Happy birthday, nuya.
walaupon kamu tiada di sinih laie...kte sentiasa doakan yang terbaik buat kamu... (*_^)

Tuesday, March 2, 2010

mengapa?

tiba-tiba terasa sangat sunyi...


sunyi yang teramat di sini...


ooowhhhhh...




pasti...saya merindui dia...


tapi...


adakah dia merindui saya, kaklong, adek, ayoi, dhiah dan ibu???




saya betul-betul rindu dia!!!









sampai bila kita akan begini??? terseksa sangat rasanya...





:(

something...


And so it came to be
this isolation that I am
I can only look to me
to find the way it all began...
this confusion, constant
hunger for something more than this
I strive to find this being
that I envision, yet seem to miss.
Could it be that I am empty...
or maybe a little lost?
Could it be that I am lonely,
or seek happiness at any cost?
This never-ending Something
that I am living deep inside,
depicts the illusion of myself
and all I have to hide.


:(





Monday, March 1, 2010

semangat baru!!


owh. apekah???
takkan laa dah masuk bulan MAC 2010 ni baru nak semangat baru??? haaiissshhh...
ada yang tak kena laa tuhhh....

hahaha. hari ini dapat keputusan exam midterm. terus on de dot je okay lecturer ni kasi...takde delay-delay langsung. mula-mula kusangkakan nak pulangkan assignment je...sekali...haaaa...menganga mulut dapat result midterm terus. huhuhu...mengucap panjang maaakkkk...

siap berdoa ape bagai laa dalam kelas. risau GAGAL dengan cemerlang. hampir tepat tekaanku. tapi...Allah s.w.t mengetahui isi hatiku ketika itu...eceeehhhh... :( alhamdulillah. cukup-cukup makan. tak gagal ponn...sekadar lepas dari lemas je. huhh...nasib baik cuma midterm...setakat midterm ponn...20 peratus hokeh? sape tanak score...

walaupun cuma mampu memperoleh 11.7/20 saja...tapi tidak bermakna cikqilla tak boleh dapat A masa final exam nantikan?? yeaahhhh...masih ada masa untuk berjuang!!! go cikqilla go!



mungkin assignment setiap minggu boleh membantu pemarkahanku, kan???



ngahahaha. memang padan muka laa time ni. tak baca buku langsung. main redah je pegi exam. bajet hebat sangat laa tuhh...sekali...aaaa...

baca buku ponn cinonet sangat....mane nak score???



haaaa...ambikkkk....
belajar dari teladan. masih ada masa untuk perbaiki ini.
chaaiiiyyyoookkk!!!!

|cikqilla|

Sunday, February 28, 2010

end of February sudaaa....

oh tuhan. cepat benar masa berlalu. rupa-rupanya dah dipenghujung bulan Februari 2010. Lagi 10 bulan...dah masuk tahun baru lagi. hehe. bertambah la angka usia. :P
bulan Februari 2010 ni..jadual adalah sangat padat. setiap minggu jalan-jalan. almaklum laa...cuti banyak sangat...jadi jadual dipenuhi dengan aktiviti. :)

bulan 3 ni pulak...penuh aktiviti dengan kenduri kahwin. sana sini kooo...seronoknya!! dapat makan nasi minyak. kompem semakin kembang. :)

hhmmm...rentetan dari tajuk di atas, ececehhh...sekadar ingin meluahkan perasaan gembira apabila dapat bermain air sehingga kulit menjadi legam. hehe. mana taknya...berjemur ala-ala mat saleh kat Desa Waterpark nunnn...beriadah bersama-sama kawan kenarisyndicate.com. :) heaven betul.

sebelum terjun...



















selepas terjun...hahaha...
muka teruja dapat berendam dalam air. :P











ohhh...of course bersama mr.elmo tersayang. love..love... ;)



here we are...kenarisyndicate.com ;)

|cikqilla|

Friday, February 26, 2010

Maulidur Rasul 2010

good morning everyone. huhu. bangun-bangun tido je terus dok depan pc. takde keje lain laa dah tuh. hahaha. walhal, rutin harian seperti biasa sudah sedia menanti. ngehehee...takpe..takpe...jap-jap lagi bole buat...arini cutikan... :)

Sempurna Hari Maulidur Rasul hari ini, 26 Februari 2010...cikqilla ingin mengucapkan “SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 1431H” kepada semua umat Islam seluruh dunia. Marilah sama-sama kita memperbanyakkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW untuk membuktikan kecintaan dan kerinduan kita kepada Baginda SAW.

Nabi kita, Iaitu Rasulullah SAW,
Penyelamat manusia dunia akhirat,
Walaupun sebelum ini kita telah menceritakan banyak kali tentangnya,
Mungkin kita ceritakan disudut-sudut lain yang belum diceritakan lagi,
Kalau pun diceritakan lagi banyak kali tidak mengapa,
Supaya yang lupa diingat kembali,
Bertambah ingat lagi,
Nabi Muhammad SAW orang luar biasa yang tidak ada taranya,
Sebelum dan sesudahnya dikalangan manusia,
Sekalipun dikalangan para rasul dan para nabi yang telah diberita,
Dia adalah rohnya malaikat dan tubuhnya manusia,
Orang paling cerdik dan paling bersih rohnya,
Dikalangan manusia sebelum dan sesudahnya,
Maka dia diberi julukan oleh Tuhan ‘fathonah’,
Bahkan yang paling ‘Fathonah’ dikalangan rasul-Nya,
Ilmunya bukan didapati dari akalnya,
Walaupun dia orang yang paling tajam akalnya,
Dia mendapat ilmu dijatuhkan Tuhan didalam hatinya,
Wahyu namanya, dia belajar langsung dari Tuhannya,
Kerana inilah dia tidak perlu menulis
Dan membaca seperti manusia biasa,
Kerana itulah ilmunya tidak dilupa sepanjang masa,
Kalau dari akal mungkin dilupakannya,
Ilmunya menceritakan dunia dan akhirat,
Tawakalnya luar biasa,
Sebab itulah dimalamnya makanan tidak disimpan untuk esok harinya
Dan diberikan kepada manusia yang memerlukannya
Kerana dia yakin, kalau esoknya dia hidup
Tuhan merezekikannya,
Dia tidak membunuh orang,
Walaupun disetengah-setengah waktu dia boleh membunuhnya,
Tapi dia tidak membunuhnya,
Dia mengambil jalan yang utama,
Iaitu memaafkannya,
Kerana itu orang itu Islam ditangannya,
Beraninya luarbiasa tiada tandingannya,
Dia sanggup lalu dihadapan musuhnya seorang diri,
Musuhnya tidak mengapa-apakannya bahkan terpinga-pinga,
Kasih sayangnya sangat ketara,
Terutama kepada fakir miskin, anak-anak yatim dan janda-janda,
Orang yang bersalah dimaafkannya,
Sekalipun orang itu tidak memintanya,
Pernah hamba sahaya hendak dihukum oleh tuannya,
Dia membuka bajunya untuk disebat,
Pengganti hamba sahaya, tuan hamba sahaya itu malu dibuatnya,
Lalu dimerdekakannya,
Pernah Rasulullah SAW membeli hamba sahaya kemudian dimerdekakannya,
Pemurahnya tidak ada taranya,
Macam angin kencang lajunya,
Tiada siapa yang boleh menandinginya,
Dan tidak pernah menghampakan orang yang meminta,
Sekalipun dia terpaksa berhutang buat sementara,
Kalau ada orang mengata dan menghinanya,
Dia diam sahaja, tidak menjawabnya,
Gembiranya tidak ketawa, hanya senyum sahaja,
Cuma ketaranya pada mukanya,
Bahkan tidak pernah menghina orang atau mengata aibnya,
Sekalipun musuhnya,
Rasulullah makannya sedikit sekadar mengalas perutnya
Dia tidak pernah makan seorang, sekalipun lapar,
Paling tidak, dia makan berdua,
Tapi kalau dia tidak suka setengah jenis makanan itu,
Dia tidak pula mencercanya,
Kalau dia marah dengan orang, disembunyikan marahnya
Sehingga orang tidak tahu marahnya,
Dia tidak pernah melahirkan jijik kepada manusia,
Sebab itu dia sanggup makan dengan orang
berkudis-kudis badannya,
Sabarnya luar biasa,
Tentang ujian yang Tuhan timpakan kepadanya
berbagai-bagai bentuknya,
Dia redha,
Lantaran itu Tuhan beri dia gelaran ‘Ulul Azmi’
Yang tiada bandingannya,
Bahkan dia ketua ‘Ulul Azmi’, dikalangan rasul-rasul,
Ditangannya lahirlah murid-murid yang luar biasa,
Diberi gelaran sahabat namanya,
Ratusan ribu banyaknya, lebih seratus ribu bilangannya,
Ini tidak pernah berlaku dikalangan rasul-rasul
sebelumnya,
Semua sahabat-sahabatnya masuk syurga,
Kerana dosa-dosa mereka diampunkan oleh Tuhannya,
Kerana menjadi sahabat-sahabatnya,
Sahabat-sahabatnya laksana bintang-bintang dilangit,
Rasul adalah bulan purnama,
Hatinya tidak tidur sekalipun matanya tidur,
Menunjukan hatinya sentiasa jaga,
Sebab itulah kalau dia tidur tidak membatalkan wudhu’nya,
Dia menghormati manusia sesuai dengan darjatnya,
Sekalipun orang itu kafir,
Kadang-kadang dibentangkan serbannya untuk tempat duduk tetamunya
Kerana menghormati tetamunya,
Dia tidak mengutuk dan melaknat makhluk Tuhan,
Sekalipun binatang yang melata,
Begitu juga tidak pernah melakukan kesalahan,
Sekalipun menyalahi utama,
Kalau dia melihat perempuan, matanya ditundukannya,
Dia orang paling pemalu,
Malunya kalah anak dara yang paling pemalu,
Sebab itu seumur hidup dia tidak pernah
Melihat kemaluannya dan kemaluan isterinya,
Kalau dia lalu, tidak dibenarkan perempuan dihadapannya,
Ibadahnya banyak, terutama diwaktu malam,
Hingga bengkak-bengkak kakinya,
Dia suka berkhidmat dengan isteri-isteri dan keluarga,
Bukan diarah-arahkan oleh isteri-isterinya,
Tapi dia buat dengan sukarela,
Kerana mencari redha Tuhannya,
Dia sebaik-baik suami,
Tidak mampu orang lain membuatnya,
Bahkan dia berkhidmat dengan musuhnya,
Satu cerita yang menyayat hati kita,
Seorang buta yang benci kepadanya.
Rasul berkhidmat tanpa diketahuinya,
Hingga sampai waktu wafatnya,
Diganti oleh Saidina Abu Bakar untuk berkhidmat kepadanya,
Tapi dirasakan olehnya ada kelainan dari sebelumnya,
Kamu ni siapa?
Saidina Abu Bakar berkata “Saya Abu Bakar
Pengganti Rasul berkhidmat kepada kamu,
Yang Rasul itu sudah wafat”
Sibuta itu terkejut!
Rupanya yang berkhidmat padanya orang yang paling
dibenci,
Kerana terkejutnya menjadikan dia mati,
Tapi sempat dia mengucap dua kalimah syahadat,
Islamlah dia,
Kalau dia bersahabat atau berkawan
Mengutamakan kawannya,
Bahkan berkhidmat kepada sahabatnya,
Setiap orang yang bergaul, berpuas hati dengannya,
Setiap orang merasa dia dihormatinya,
Walaupun berbagai-bagai peringkat kedudukannya,
Mari kita teruskan cerita tentang nabi kita,
Supaya lebih terperinci lagi
Cerita dan beritanya,
Dia manusia luarbiasa kekasih Tuhannya,
Agar lebih nampak dia manusia istimewa,
Dia tidak akan makan sebelum lapar,
Dia akan berhenti sebelum kenyang,
Tidak macam manusia biasa,
Dia tidak suka makanan banyak jenis lauknya,
Kalau dia suka kerana Tuhannya,
Kalau dia marah pun kerana Tuhannya,
Bukan kerana peribadinya,
Dia wafat, boleh dikatakan tidak meninggalkan harta,
Dia tidak meninggalkan sembahyang jemaah,
Kecuali sekali saja didalam hidupnya,
Iaitu waktu sakit hingga membawa wafatnya,
Makan minumnya bukan diusahakannya,
Tetapi setiap kali hendak makan, ada rezekinya,
Tapi pengikutnya disuruh berusaha,
Terutama yang ada keluarga,
Dia tidak menerima upah,
Lebih-lebih lagi meminta upah,
Kerana usaha perjuangannya,
Tetapi ulama dihari ini, memakan upah
Dari usaha dakwahnya,
Seperti yang dibuat oleh kebanyakan ulama-ulama yang
cinta dunia,
Bahkan ada ulama yang meminta upah dari dakwah dan
pengajiannya,
Takut dengan Tuhan ketara dimukanya,
Dia beristerikan janda kaya, Khadijah namanya,
Hartanya diserahkan habis kepadanya,
Tetapi nabi korbankan harta itu semuanya,
Dan nabi, kalau dia berkawan, sebaik-baik kawan,
Kalau dia dirumah, sebaik-baik bapa,
Kalau dia bersama isteri, sebaik-baik suami,
Kalau dia memimpin, sebaik-baik pemimpin,
Kalau dia bercakap lantang suaranya,
Tegang urat marihnya,
Kalau dia bercakap bak mutiara,
Sangat berkesan pada jiwa orang yang mendengarnya,
Kalau dia berucap atau berpidato,
tidak ada gelak ketawa manusia yang mendengarnya
Kerana manusia yang mendengar insaf dibuatnya,
Tidak seperti ulama-ulama hari ini,
Kalau mereka bercakap gelak ketawa orang yang
mendengarnya,
Kerana yang dicakapkan itu dari lidahnya,
Bukan dari hatinya,
Nabi kalau bercakap singkat-singkat sahaja, tidak
meleret,
Tidak seperti kebanyakan manusia,
Dia bercakap pendek sahaja,
Tapi terhimpun berbagai-bagai ilmu didalamnya,
Dikatakan oleh hadis ‘jawa miul kalim’
Kata-katanya singkat tapi padat,
Kata-katanya singkat tapi maksudnya luas,
Kata-katanya singkat tapi puas dan menggetarkan jiwa,
Tidak seperti orang lain bercakap berjela-jela, isinya
tiada,
Masa terbuang cakapnya tidak menggetarkan jiwa,
Kita sambung lagi cerita nabi kita,
Nabi tidak suka berjalan-jalan membuang masa,
Juga tidak akan bercakap yang sia-sia,
Sekalipun tidak berdosa,
Kalau dia ketawa tidak berbunyi,
Insafnya dapat dilihat dimukanya,
Takutnya kepada Tuhan dimukanya ketara,
Dia melahirkan kegembiraan bila
Kawan-kawannya gembira,
Dia melahirkan kesedihan diatas kesedihan
kawan-kawannya,
Rasulullah mudah menangis
Kerana takuntukan Tuhannya,
Rasulullah tahu Tuhan kasih kepadanya,
Akhlaknya sungguh agung,
Tuhan memujinya,
Bahkan mengatakan dia yang paling bertaqwa dikalangan
manusia
Sebelum dan sesudahnya,
Seolah-olah dia tidak mendengar apa yang Tuhan kata
terhadap dirinya,
Tuhan berkata “Akhlaknya, sungguh agungnya,
tidak ada siapa boleh menandinginya,
tetapi dia tidak merasa bangga, dia tetap merasa
hamba”
Dia tetap dapat mengekalkan rasa takut dengan
Tuhannya,
Rasa kehambaan sentiasa didalam hatinya,
Bahkan tidak pernah putus daripada perasaannya,
Soal Tuhan memujinya itu hak Tuhannya,
Tapi dia tetap merasa hamba kepada Tuhannya,
Tawadhu’ dengan Tuhannya, sentiasa ada,
Sangat ketara, didalam hidupnya,
Dia berpakaian jubah dan serban,
Warna yang dia suka kebanyakannya putih dan hijau,
Warna lain ada juga dipakainya,
Tapi sekali sekala,
Makan yang dia suka, susu dan tamar,
Daging sebagai lauknya,
Itulah penguat badannya,
Demikianlah secara ringkas
Yang global tentang cerita nabi kita,
Yang tidak disebut berusahalah untuk mempelajarinya,
Didalam sejarah nabi kita ada dicerita,
Mukjizat banyak berlaku ditangannya,
Yang lahir dan yang batin,
Yang besar ialah Al Quran dan Al Hadith,
Yang kekal sampai keakhir zaman,
Untuk pengajaran dan panduan kepada manusia,
Demi keselamatan manusia dunia dan akhiratnya,
Tetapi apa yang disebutkan itu
Sudah memada,
Bagi orang yang tiada masa mengkajinya,
Kalau peribadi seseorang itu dapat menggambarkan
bayangan nabi kita,
Orang itu boleh menjadi ikutan manusia,
Kalau dia memimpin, Tuhan memberkatinya,
Betapalah kalau dia pemimpin yang Tuhan janjikan buat
manusia,
Tetapi apa yang berlaku diakhir zaman ini,
Orang yang menceritakan nabi,
Dia melupakan diri,
Dia menceritakan memujikan nabi,
Tapi dirinya tidak terpuji,
Kerana itulah banyak cakap tidak memberi kesan
Seseorang itu banyak cakap tidak menggambarkan sikap
nabinya,
Walaupun dia seorang pemimpin,
Orang tidak suka mengikutnya,
Lidahnya tidak masin,
Dia berkata tidak mengkotanya,
Bahkan orang yang mengata dan mencerca dibelakangnya,
Bahkan anak isterinya tidak menghormatinya,
Sekianlah adanya.

|cikqilla|

Wednesday, February 24, 2010

lamenye...

owh. lame sangat dah tak update blog. so bad. hehe. biler terlalu banyak sangat cuti nie...tuh laa gamaknya. dah tak cukup masa nak ngadap depan pc ni. ader je kejenye nak buat. especially, keluar merayap. ngahaha.

hhmmm...adek dah ponn selamat sign on last 2 weeks. tuh ponn tak sempat bawak holiday mane-mane...unless satu famili pegik genting highland. almaklumla...kaklong kumpul keratan akhbar berita harian everyweek. ngehee...kami sekeluarga dapat tiket free gitu! owh. nikmat sangat! terima kasih, kaklong! bulan 5 nanti...collect lagi ye keratan akhabar time ko tengah berpantang kat umah... ;)

nuthing special to say much...tapi...rasenye....hhmmm...setiap hari kita akan melalui perkara yang berbeza-bezakan? jadikkkk...kita kene laa kuatkan semangat untuk menempuh hari-hari itu! oowhh..hapekah ini??? merapu dahhh...

|cikqilla|

Monday, February 15, 2010

Genting here we come! (T_T)

eeeeiii....
ssyyyiiioookkkk nye time niehh...
adik-beradik semua dapat berkumpul. lama dah x sebegini...
yelaa...mane taknya....time raya tak semua ada...
kaklong balik rumah mak mertua...adek ponn takde disamping keluarga...
huhuh....sedih sangat ketika itu...
tapi apakan daya... ;(
emo laie...cehhh...

alhamdulillah....kiranya pembuka tahun 2010 membawa kebahagiaan buat kami sekeluarga...semoga keluarga kami berbahagia selamanya....
ammmiiinnnnn....












|cikqilla|

Monday, February 1, 2010

buat ibu...

ibu,

meskipun dirimu manusia biasa
bagiku engkaulah malaikatku
yang tak pernah lelah
membimbingku

ibu,

maafkanlah aku
yang dulu sering tidak memahamimu
yang kadang meremehkanmu

ibu,

engkaulah segalanya bagiku
tak pernah terlambat memberi kedamaian
semoga kau bahagia selalu
semoga aku dapat membahagiakanmu




sayang ibu selalu...

Friday, January 22, 2010

biler da TAHAP BOSAN...

hhaaiiisshh...apela nak jadik student zaman sekarang nie yek...
hhmmm...tu laa dier...
duduk paling depan sekali ponn...TETAP tak kosentret dgn lecture. haha. biadap sunggoh! :P

time nie da TAHAP GABAN punye mengantuk laa kan...penat la konon-konon keje di siang hari...

aaa..amek skali! kan da kene curik pic gossiping time class. ngaahahaahaha! hasil keje ciklinni ler nie. adeeeiii...saje la tuh..dengki sebab tak dapat join sok sek sok sek sekali. ngehehe...

ngee. time nie da ader nawaitu malas nak pegik skola. tapi...da kene brainwash dgn teman-teman wuteva yang selalu mengingatkan azam tawon baru ni...terus kensel nak ponteng kelas. haha. poyo aje tuhh...hehehe...

time ni class entrepreneur. class nie best. sbb dpt DR.NAWAWI. hiks! suke bercerita and kongsi pengetahuan. yang paling lawak adalah beliau suke buat lawak. naik kering gusi dibuatnye. adeeeii...pendek kate...sem nie even amek 4 papers ponn..but then, still HAPPY dengan adenye classmate yang superb best...yeehhaa!! xdela stress cam sem lepas. 3 papers ponn rase cam amek 30 papers. hohoh. siap ader paper kantoi lagik. bonnggsss...

hahaha. ape yang penting???



KITA HAPPY!!!




Wednesday, January 20, 2010

gumBIRA! (^_^)

ahakz! saat yang paling indah!

mengader laa kan...

oowhh...

ADEK saya sign OFF!!

yeahh...yeahhh!!!

WELcome back, adek! (^_^)


Sunday, January 17, 2010

aku SKANDAL?!






owh. apekah motif ini? sKANDAL kah saya dengannya? TTIIIDDDAAAAKKK!!! kami bersahabat baik. setelah sekian lamanya. ;)

hehe. kami jalan-jalan sambil makan-makan. rasenye ramai yang da selalu pegik tempat ni. memandangkan saya agak jakun...jadik...ku tatap foto-foto ini untuk dijadikan kenangan. ngahaha. ni kes tersuke amat tengok cite awan dania. scha telah mempengaruhi saya untuk berlensa di bukit ini. amat chaannnttekkk...

baru kusedar akan keindahan alam semulajadi ciptaan Yang Maha Esa...bersyukur saya padaNya kerana memberi peluang untuk saya melihat kebesaranNya ini...



















ngahahahaha. nikmat! jalan2 & berlensa. ngee. trime kasih, takumi sbb snap pic saya banyak-banyak.

mane ye destinasi hari ini...?

memandangkan saya ini seorang yang tiada masa untuk family + kawan-kawan...maka hari cuti ini akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk mencari ketenangan diri.

ececehhh...tuh macam ayat-ayat frust bercinta jugak laa kan? hahaha...tiada maknanya! (apekahh benar??)


seperti yang telah dijanjikan oleh teman baik saya sebelum hujung tahun 2009, Takumi nak bawak saya pegik naik Bukit Akina. Hehe. Nak test drive. Ngahahaha. Bule challenge AE86 tak agak-agaknya ELmO saya. Huks. Pantang dicabar okay?! Yeah yeah! Saya rasa hari ini adalah sesuai untuk saya melihat sendiri keindahan Bukit Akina.

hhmmm...mungkin begini agaknya yea Bukit Akina nie...













Saturday, January 16, 2010

am i WORkaHOLIC?

Adakah saya seorang GILER kerja? Hmmm...susah nak jawab soklan cenggini...nak kate melampau sangat tuh idak lerr...cuma, kadang-kadang tuh sampai kawan-kawan kate...susah sangat nak dok melepak sesame...nak buat macam mane, kan? yang pastinya...

saya seorang yang...

keje pagi smpai petang dan juge hujung minggu. hoh. memang GILER keje.

saya seorang yang...

sangat jarang habiskan ANNUAL LEAVE...unless dipaksa oleh HR untuk habiskannya. ngahaha. sampai tensi nak susun OFFDAY. cerewet plak tuh... :P

saya seorang yang...

dah hilang life dengan family, kawan-kawan, ziarah saudara-mara, masa untuk beribadat dan masa untuk mencari motivasi diri. hoh. terasa hina diri ini...sobb..sobb..sobb...


saya seorang yang...

selalu membuat diri sendiri stress. tak ada masa untuk rehat pon. keje. skola. keje. skola. banyak masalah keluarga timbul kerana terlalu sibuk sehinggakan tidak dapat memikirkan masalah-masalah lain. pastuh...saya jugak selalu tiada di rumah. saya pasti...ketiadaan saya yang lama pasti akan membentuk perubahan-perubahan negatif di dalam keluarga.

huksss...saya perlu berubah. kalau saya masih sebegini...sampai bila-bila ponn saya tidak akan berjaya. cchhaaiiiiyyyoookkk!!!


Friday, January 15, 2010

MAAFKAN saya...kalau saya BERSALAH....

hati kecewa. hmmm... sekarang ni...bule kate hari2 nk emo saje. ade je yang x kene. buat tuh salah..buat ni salah..arghh..serba x kene je. buat kawan2 opis. maaf ye. arini sedikit tensi. tibe2 je rase nak nanges. tapi, mmg da nanges jgak. sbb da x tahan dahh...lame sgt pendam. tuh laa jadik cenggitu..skali laie ye, saya mntk maaf.

mungkin saya tidak sehebat mana dalam apa jua bidang ponn..tapi, saya selalu cuba buat yang terbaik. dulu..time blaja kt UPM ke...UM ke...slalu buat sesuatu sungguh2. especially assignment or event. cume, time XM je yg selalu lingkup. sbb MALAS bace buku. hoh. trok btol! (jgn ikut contoh buruk ini, adik2!)

biler hampir masuk 2 tawon keje...baru taw susah payah nak carik duit...laie2 nie kan periuk nasik
saya. hmm..ibu kate...bkan periuk nasik. but, stepping stone utk mencari pengalaman. yes. i do admit dat. but, whatever go thru ponn...saya tetap kene buat yang terbaik gak. utk reputasi saya sbg seorg pekerja. bkan laa i'm looking for glamorous or GIPANG. tp, satisfaction of working. dat's mean our capability smpai tahap mana. baru laa puas kott...

since i was appointed utk berkhidmat di kompeni nie...setiap kali bangon pagi, rasa bersyukur sangat. sbb masih diberi peluang utk berjumpa dgn orang ramai...hhmmm...kdg2 tuh..stress jugak laa...slalu je kene maki...tapi, nak buat cmnekan? nature of work laa katekan. rasenye..pegik mane2 kompeni ponn will still have the same problem. btol x? walau tension camne skali ponn...saya selalu ingatkan diri...keje kene IKHLAS...baru laa kita bule happy... cume rase sedih sangat...biler ade jgak yang x suke dgn apa yang saya buat...x penah pon nak berkira dlm keje nie...saya cuma mampu buat ape yang saya taw...tapi, kalo smpai orang lain da bwk mulut pasal saya...mane bule tahan,kan? sensitip okayy...

hhmmm..mungkin saya ade buat salah...tapi..bule tegur saya dgn cara yang baikkan? bkannya memburukkan saya pd orang lain...hhuukksss...penat laa nak nangis2. penat jgak nak sensitip2 ni. yeah. memang susah nak tutup mulut orang...xpela..biarkan mereka dgn cara mereka. yang pastinya...saya akan tetap berusaha utk menjadi lebih baik daripada sebelumnya. i need improvement in myself.
so, i will take an initiative to reduce & manage workplace. mari kite kongsi...
  • Taking responsibility for improving my physical and emotional well-being.
  • Avoiding pitfalls by identifying knee jerk habits and negative attitudes that add to the stress I experience at work.
  • Learning better communication skills to ease and improve my relationships with management and coworkers.
saya juga perlu eliminate self-defeating behaviors! hukss... Many of us make job stress worse with patterns of thought or behavior that keep us from relieving pressure on ourselves. If we can turn around these self-defeating habits, we will find employer-imposed stress easier to handle.
  • Resist perfectionism. No project, situation, or decision is ever perfect, and us put undue stress on myself by trying to do everything perfectly. When I set unrealistic goals for myself or try to do too much, i am setting myself up to fall short. Do my best, and i’ll do fine.
  • Clean up your act. If I always running late, set my clocks and watches fast and give myself extra time. If my desk is a mess, file and throw away the clutter; just knowing where everything is saves time and cuts stress. Make to-do lists and cross off items as I accomplish them. Plan MY day and stick to the schedule — I’ll feel less overwhelmed.
  • Flip your negative thinking. If I see the downside of every situation and interaction, I’ll find myself drained of energy and motivation. Try to think positively about my work, avoid negative-thinking, and pat myself on the back about small accomplishments, even if no one else does.


saya harap kita sama2 dapat menjadi orang yang lebih bertanggungjawab dalam apa jua yang kita lakukan. Yang paling penting...keje kene IKHLAS...barulah diberkati olehNya...


Thursday, January 14, 2010

Hari yang SANGAT PENAT!

okay. schedule utk hari ini.

9.00a.m - 12.00pm = work as usual @ branch.

12.30p.m...

kuar opis...terkedek2 bawak kete..park kete kat komuter Shah Alam nun..nek komuter smpai KL Sentral..pastuh..nek plak LRT...huhu. nk pegik HQ memang x kuase nk drive la kan...

1.30p.m...

smpai destinasi...huks. tercungap2...tengah panas okay jalan2 kt situ. hoh. da la kompem2 nek tren penuh!

2.00p.m - 5.30pm = training @HQ

6.00p.m...

nek tren smpai Shah Alam...teros pecut amek elmo...lewat lol smpai kuliah! 7.30p.m! hoho.

6.30p.m - 10.00p.m = class

huhu. semput! GILER penat okay! dari siang ligat sesangat! bkan ape...yg buat letihnye sbb travelling...serik dah maw pegik HQ! x maw laie lorrr... :(

walaupon penat...tapi TETAP gigih taw nk pegik class...terase rugi biler x attend kuliah. hhmm...bkan setakat mencuci mata...ngahahaha...


gatal2 skettt... :P

hahaha. sampingan je tuh...but, the moral of the story...



WHEN THERE IS A WILL, THERE MUST BE THE WAY!







Friday, January 8, 2010

JIWA bercelaru...

huhhhh...
mengeluh agak panjang kali niee...
it's too bad...biler class da mule...sumenye start balik laa kelam-kabutnye...
i mean...idop ponn jadik x tentu hala...
walaupon already know kejayaan ada dah di depan mata...
aiseehhh...

ape je laie yg x kene ni cikqilla???
huks. mengeluh laie! aisshh...pantang larang org tua btol biler bab2 mengeluh nie..
bkan ape...
cume rase GILER serabut skarang nie...
uuuuuu....uuuuu....rase nk melalak je. dlm jiwa ni hanya tuhan yang taw bagaimana gelodaknye hati nie.

urm. class just begin dis week. xdela bizi mane ponn...walaupun asemen already given by DR...tapi...still manage to tido awal laa...hahah. mane xnye...balik class je...tros tido. Penat!! Tapi...apekan daya...tuntutan pendidikan! ngeh!

dis sem i have to take 4 subjects. kirer heavy jgak la tuh...memandangkan di siang harinya bekerja...so far, all lecturers okay n best! enjoy to learn the subject. even thought, da amek paper2 nie might be utk kali ketiga kott...hahah. patutnye da bule major laa kan..so, shud be no problem laa tuh! try to get best results ek, cikqilla! :P

tuh baru bab skola...

tapi...

kerjaya nie...ecehhh...
sobb...sobb...sobb...mule la nk cedih...
dgn sape laie nk kongsikan??
uuuuwwaaaaa...

yesterday ade performance appraisal...hati sedikit kecewa laa biler tgk percentage yg boss kasik tuhh...bkan x puas hati ke hape...but, it seems like...saye nie xde effort langsung nk perbaiki previous punye record. maknenye...6 mths b4 till now...percentage yg same! owh! GILER depressed! malu dgn diri sendiri okay! :(

rasenye da sacrificed a lot taw...hhmmmm...meibi perasaan je yg kate kite da sacrifice...tapi, adakah management perlu taw ape masalah kte sebagai org bawahan nie? uuuu...uuuu...

how to make people happy with us ya? perlukah mengipas setiap masa??!!

aarrrgggghhhhhh!!!tuh x kirer dgn ader ura-ura mengatakan saye kene transfer...aaaaa!!!!

:((

Monday, January 4, 2010

Aku Wanita Biasa

Aku ini wanita biasa
Bisa sakit luka karena cinta
Dingin sepi kerap menyapa
Air mata jatuh lukisan raga

Kadang ku kuat setegar karang
Kadang ku rapuh lemah liar merana

Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih

Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih hatiku

Kekasih hatiku maafkan aku
Aku wanita biasa

Dingin sepi kerap menyapa
Air mata jatuh lukisan raga

Kadang ku kuat setegar karang
Kadang ku rapuh lemah liar merana

Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih

Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih
Hatiku… maafkan aku..

mode: JIWA tengah SENTAP nie...bermain dengan konflik minda...

Sunday, January 3, 2010

Birthday Party…princess Mardhiah!

Owhh…damn tired. A whole day bertungkus lumus buat preparation for her 3rd birthday party. Alhamdulillah…everything goes done. Sgt ramai okay kwn2 kaklong n abg zam. Hmm…memang x lepas tangan laa kan…name ponn buat majlis mkn2 gitu…

Majlis bermula at 3pm…sesi memotong kek dibuat at 4pm…ramai sgt kanak2 yg nyanyi lagu utk princess. Owhh…saye sgt rindu saat2 itu! Dulu2 mase saye kecit ponn...every year musti buat party for my birthday…I wish I could do it till now…oh no! malu laa…getting + of number okay! Haha. Kalo mengader2…merengek kt ibu nk buat smpai skrang ponn…ibu still on kottt…of kos laa because I’m the only one her princess! Hiks! GILER perasan! Lol!

Mcm2 hidangan yg disediakan…ibu buat birthday cake for Dhiah…buat mee soto…pperrghh….1st class okay! Merangkap buat pulut kuning…hhmm…siap order sate n roti jala! Wow! Sgt meriah okay! Bcoz of Mardhiah is my little princess….so, she wore dress kaler MERAH + HITAM! OMG! She is so beautiful! Sgt chantek!!! Alangkah indahnya if I can pakai baju yg same spt dier! Kurasakan spt seorg puteri!! Mule laa nk perasan tuhh... :D




















HAPPY SWEET 3RD BIRTHDAY,
PRINCESS MARDHIAH!!